Definisi Burn Out
Burnout diperkenalkan oleh Freudenberger (Wood,2000). Burnout didefinisikan sebagai perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau kecekalan seseorang. Maslach & Jackson telah mengembangkan definisi burn out kepada tiga jenis subskala burn out iaitu:

- kelesuan emosi - dijelaskan dengan perasaan kelesuan dan kehabisan tenaga
- depersonalisasi - ia dijelaskan seperti sikap emosional dan menyifatkan murid (klien) seolah-olah mereka sebagai objek yang tidak berguna, serta melabel murid (kilen) dengan istilah- istilah tertentu
- pencapaian peribadi yang semakin menurun- tidak bermotivasi untuk dan tidak bersemangat
Burn out merupakan satu proses yang beransur-ansur dari seorang yang komited sehinggalah dia kehilangan daya minat terhadap kerjaya. Individu ini sering mengalami keletihan dari segi emosi dan fizikal, hilang daya minat kerjaya dan sering mengasingkan diri. Faktor ini berlaku kesan daripada pendedahan jangka panjang kepada keadaan dan situasi kerja yang amat tertekan.
No comments:
Post a Comment